BOJOT WALL ART PAINTING
Merupakan perkhidmatan mengecat dalaman rumah serta melukis corak-corak hiasan pada dinding rumah di kawasan sekitar Lumut, Seri Manjung dan Sitiawan PERAK
Jumaat, 31 Ogos 2012
Selasa, 24 Julai 2012
Langkah Ubah Gaya Kediaman
Menjadikan kediaman sebagai satu aset yang bernilai tinggi bukanlah suatu yang mudah. Kediaman yang menarik bukan hanya terletak pada perabot yang mewah tapi ia lebih daripada itu. Semua itu memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi dari penghuninya. Bagi mereka yang mementingkan gaya kediaman yang mengikut peredaran zaman, pasti tercari-cari idea untuk diaplikasikan di kediaman masing.
Paduan warna
Dalam memilih warna dinding, kebiasaannya kita akan memilih warna berdasarkan warna kegemaran. Namun, anda perlulah bijak mengenalpasti warna yang sesuai mengikut gaya dan suasana kediaman anda. Perhatikan keseluruhan rumah anda sebelum memilih warna yang sesuai. Jika hampir keseluruhan barangan rumah anda berwarna lembut, anda bolehlah memilih cat dinding rona gelap bagi mengimbangi ruang kediaman anda.
Susun Atur Perabot Di Bilik Tidur Yang Sempit
Menyusun atur perabot dalam bilik tidur yang kecil merupakan satu cabaran bagi sesiapa sahaja. Anda memerlukan ruang untuk meletakkan katil, almari pakaian dan beberapa perabot peribadi tanpa membuatkan ruang nampak sempit.
Ini adalah beberapa candangan saya:-
1.Pilih perabot yang sesuai dari segi saiz untuk bilik .Contohnya, seorang remaja tidak perlu katil seperti dua orang dewasa tidur. Pilih single bed daripada king size bed.
2.Pilih perabot yang berbentuk moden, berpetak dan tidak terlalu sarat dengan perincian seperti katil yang berbentuk klasik yang boleh memakan ruang.
3.Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan. Letakkan satu sahaja meja sisi dan lagi sebelah letak lampu lantai atau kerusi baca.
4.Jika ruang bilik anda bersegi empat tidak sama sisi atau dinding yang panjang, cuba gunakan untuk membina (built-in) seperti almari pakaian atau meja solek. Ini memberikan lebih ruang perstoran.
5.Gunakan segala ruang yang ada seperti ruang bawah katil sebagai tempat perstoran (built-in) atau kotak simpanan yang bertanda supaya mudah untuk mencari dan menyimpan.
6.Buangkan segala perabot atau barangan dekorasi yang tidakmembantu memberikan anda sebuah ruang yang nampak kemas dan teratur.
Teknik tona warna bilik tidur
Susunan Katil
Memang menarik apa yang boleh kita lakukan dengan sedikit perubahan warna. Mengecat atau kemasan kertas dinding sesebuah bilik mampu merubah kawasan kediaman anda sepenuhnya. Bergantung pada warna, ia boleh menimbulkan perasaan yang berbeza, meringankan atau menggelapkan sebuah bilik atau menyerlahkan perabot dalam bilik itu.
1. Sebelum anda mengecat, dapatkan beberapa contoh kad warna yang membantu anda sebelum memutuskan sesuatu warna. Pastikan juga anda mengambil kira perabot yang berada di dalam bilik. Serlahkan bilik anda dengan satu warna yang menyerlahkan pola-pola atau warna bagi perabot. Ia harus selari dengan perabot dan bukan membayangi ia.
2. Tren-tren terkini hari ini banyak kearah cerah, warna-warna bersemangat dengan bilik setiap satu bercat satu warna yang berbeza. Ini benar-benar menjadikan setiap bilik timbul dan teserlah. Jika anda gemar satu gaya gelap atau klasik jangan pulak buat kesilapan dengan dinding-dinding kuning air. Warna itu lembut tetapi terlalu kebudakan.
3. Selain dari diatas, tren ikutan hari ini dengan mengecat satu dinding sahaja didalam bilik. Bagi saya ianya satu idea yang menarik bagibilik-bercahaya-cantik menambah warna didalam bilik tanpa mengecat keseluruhan bilik. Ia nampak lebih bersih dan comel.
4. ubah suai bilik juga satu aktiviti riadah. Serlahkan kreativiti anda untuk terjemahkan diri anda… Siapa diri anda? apa yang anda mahukan? terjemahkannya pada bilik tidur anda. Warna yang anda letakkan didalam bilik tidur juga mampu mengubah perasaan “moods” setiap kali anda didalamnya.
Tiada yang peribadi selain bilik anda. Hiasi sebaik-baiknya, letakkan gambar saat-saat kegembiraan anda dengan keluarga atau kekasih. Gantung atau letakkannya diatas meja solek sebagai pengubat ingatan rindu padanya.
Isnin, 23 Julai 2012
Langgan:
Ulasan (Atom)



